Sunday, November 7, 2010

Ringkasan Modul OUM

Pendidikan Moral Thn 4

TOPIK 1 : INSAN BERMORAL
1. Dimensi kendiri moral individu
-a. Penaakulan moral :
- Kemahiran berfikir logikal yg melibatkan proses induksi & deduksi
- menentukan nilai² yg baik / buruk ²dr sesuatu isu moral utk dijadikan
panduan & teladan dlm melakukan sesuatu
- menjadi asas seseorg individu menterjemah amalan nilai² murni dlm
kehidupan
- kemahiran berfikir secara logik menjadikan individu tahu tentang
dirinya & sedar tentang baik buruk akan dirinya

-b. Emosi moral :
- menunjukkan kehalusan perasaan individu spt simpati, empati, murah
hati, motivasi dsbnya
- melibatkan kepentingan harga diri, kepentingan kepedulian, kawalan
diri, menyayangi & disayangi
- menjadikan seseorg bertindak secara positif

-c. Tingkah laku moral :
- tindakan & keputusan yg ditunjukkan dgn penuh rasa tanggungjawab
berdasarkan penaakulan & emosi moral
- merupakan dimensi yg menterjemahkan penaakulan & emosi moral

2. Profil insan bermoral
- mempunyai tingkah laku baik yg diterima oleh sesebuah masyarakat
- mempunyai niat yg baik & dijelmakan dgn perbuatan yg baik
- lahir dr amalan nilai murni berasaskan kpd dimensi & pegangan
prinsip moralnya
- mengamalkan nilai murni berdasarkan prinsip hidupnya setiap masa
walau di mana berada
- melaksanakan rukunegara

3. Peranan guru dlm pembentukan insan bermoral
- menyampaikan ilmu (mu’allim) : menyampaikan ilmu yg berkaitan
dgn nilai murni dlm proses melahirkan insan yg bermoral
(menyampaikan isi kandungan dgn tidak mengabaikan nilai murni)

- menjayakan proses pendidikan / tarbiah (murabbi) : sentiasa
berpegang teguh & memikul tanggungjawab sepenuhnya utk
mengajar, mendidik & memberi teladan kpd murid²
- sentiasa peka kpd perubahan & faham dgn tugas guru yg mulia

- memperkembangkan kemahiran (muddaris) : memperkembangkan
kemahiran dalaman & luaran murid

- kemahiran dalaman :
i. kemahiran sikap peribadi – berpegang teguh kpd etika kerja,
kemahiran menghormati pelanggan dll.
ii. kemahiran penampilan diri – menyesuaikan diri dlm sebarang
keadaan.
iii. kemahiran menyelesaikan maslah
iv. kemahiran membuat keputusan

- mendidik adab & budi pekerti yg mulia (mu’addib) : mengembangkan
potensi insan yg berakhlak mulia, seimbang dr segi JERI
- mengajar & mengamalkan nilai² murni

- melahirkan pemimpin generasi akan datang (mursyid) : guru yg
menjadi pemimpin & pembentuk kepimpinan insaniah

4. prinsip² individu bermoral
- prinsip keadilan : salah satu ciri² insan yg bermoral
- seseorg yg berpegang dgn prinsip keadilan adalah insan yg tidak pilih
kasih, tidak tamak, jujur, taat pd peraturan, & tidak mementingkan diri.

- Prinsip altruisme : suka mengutamakan org lain lebih drpd diri sendiri
- Mengambil berat thdp perasaan & kebajikan org lain secara tulus
ikhlas
- Menekan nilai² semangat bermasyarakat, hemah tinggi, hormat-
menghormati, belas kasihan, bertimbang rasa, ikhlas, sedia memberi
kemaafan dll

- Prinsip autonomi : penentuan tentang peraturan berdasarkan
pengetahuan, alasan, & pengalaman diri sendiri
- Konsep pertimbangan kebebasan & bebas memilih sesuatu, agar tidak
melakukan sesuatu atas paksaan pihak luar
TOPIK 2 : TEORI PERKEMBANGAN MORAL
1. Mazhab² teori perkembangan moral
- teori perkembangan kognitif :
- penekanan kpd penaakulan.
- Proses mental yg aktif spt memahami, mengingat, & menggunakan
ilmu tersebut
- Teori perkembangan tingkah laku :
- Satu perubahan yg berlaku dlm diri disebabkan oleh pengalaman
- Berlaku sejak lahir hingga peringkat dewasa
- Penekanan kpd asuhan yg diterima & dikaitkan dgn dendaan ,
ganjaran & ransangan dr dalam & luar
- Teori perkembangan sosial & emosi :
- faktor² persekitaran yg mempengaruhi tindakan / tingkah laku
- manusia aktif menggunakan nilai² melalui pemerhatian, peniruan dlm
melakukan sesuatu tindakan

2. kepentingan teori perkembangan moral kpd guru
- membantu guru meramal & memahami tingkah laku moral seseorg
pelajar
- memahami personaliti & konsep kendiri individu
- memahmai emosi kanak²
- memahami perbezaan keperluan nilai moral dgn tingkah laku individu
- membantu proses pengajaran & pembelajaran kanak²

3. Lima peringkat teori William Kay
- peringkat pertama (kanak²) :perlakuan kanak² dikawal oleh keperluan
utk mematuhi peraturan² yg dikenakan oleh ibu bapa, / org yg lebih
dewasa
- peringkat kedua : kawalan melalui penerimaan nilai² tanpa soal spt
peraturan² & harapan pihak berkuasa
- peringkat ketiga : kawalan tingkah laku berlaku oleh pandangan
kelompok (indidvidu bersikap mengutamakan kepentingan &
keselesaan org lain)
- peringkat keempat : tingkah laku berdasarkan ego-ideal (mengikut
gambaran kendiri yg ideal)
- peringkat kelima : kelakuan moral berdasarkan prinsip² moral kendiri
yg berpatutan

4. peringkat teori Norman Bull
- peringkat anomi (pra kemoralan) : tidak tdpt peraturan² / piawaian
- mengikut gerak hati iaitu keseronokan / kesakitan
- peringkat heteronomi (kemoralan luaran) : arahan & peraturan oleh
ibu bapa, guru, pihak berkuasa & ajaran agama adalah peraturan
luaran yg dipatuhi
- ganjaran & dendaan berkait rapat
- peringkat sosio-anomi (kemoralan luaran-dalaman) : motif utama
mengikut peraturan kerana takut hukuman, simpati, bimbang
dipulaukan, & keinginan terus menikmati keseronokan
- peringkat auto-anomi (kemoralan dalaman) : bedasarkan piawaian
yg ditetapkan diri sendiri
- aspek pertama – kebebasan ptalian emosi keluarga yg terlalu
terbatas
- aspek kedua – kebebasan mengkritik nilai² org lain
- aspek ketiga – kebebasan mengaplikasikan piawaian ‘standard’ /
prinsip diri sendiri

5. Elemen dlm teori John Wilson
- PHIL : keupayaan seseorg memberi konsep yg baik kpd org lain
(dihormati, & murah hati kpd org lain)
- PHIL 1 – melayan & menghormati org lain secara adil & mberi
kebebasan yg sama
- PHIL 2 – murah hati & mjadikan minat org lain sbg minat sendiri
- EMP : memashami & mentafsir perasaan emosi & kemahuan org lain /
diri sendiri
- EMP 1 – menyedari perasaan org lain
- EMP 2 – menyedari perasaan diri sendiri
- GIC : pengetahuan seseorg mengenai isu² moral, cara mengatasinya
& cara menjauhinya
- GIC 1 – pengetahuan mengenai isu² moral
- GIC 2 – pengetahuan moral mengenai kesan tindakan
- PHRON : kebijaksanaan / idea² sesorg dpt membuat keputusan moral
yg tepat & tegas
- KRAT : keupayaan seseorg mengetahui & memahami sesuatu
keadaan / situasi dimana :
- KRAT 1 – berfikir & bertindak ke arah sewajarnya
- KRAT 2 – menyatakan keputusan dgn rasional²
** seseorg yg berpengetahuan & berpendidikan moral akan mempertimbangkan kehendak² org lain, kebajikan & peka thdp perasaan org lain dlm membuat sesuatu tindakan **

6. Teori perkembangan Sigmund Freud
- Id : personaliti tidak sedar yg menitik beratkan kepuasan &
keseronokan ke thp maksima
- Ego : bertugas sbg pelaksana, yg menilai realiti
- Mengatur kehendak² id agar tidak melanggar nilai² superego
- Mengawal desakan² id spy individu tidak terlalu agresif
- Superego : merupakan penapis baik-buruk, salah-benar, boleh-tidak
- Menunjukkan personaliti bermoral & berkembang secara beransur²
sejak kanak²
- keseimbangan id & ego drpd pengawalan superego menjadikan
seseorg individu itu insan yg bermoral

7. Lima peringkat perkembangan mengikut teori Sigmund Freud
- peringkat oral (0 – 18 bulan) : kanak² memerlukan kasih sayang ibu
bapa utk kepuasannya
- memasukkan sesuatu ke dlm mulut menjadi kepuasan & keseronokan
bayi
- peringkat anal (2 – 4 thn) : bersedia mengawal fungsi biologi (buang
air)
- perkembangan personaliti yg ditunjukkan utk mdpt perhatian &
diterima serta dikasih oleh ibu bapa
- peringkat falik (4 – 6 thn) : mula berseronok dgn organ jantina
- kanak² lelaki tanpa disedari tertarik kpd ibu (kanak² perempuan kpd
bapanya)
- peringkat pendaman (6 – 12 thn) : kehendak seksual terpendam
- penuh dgn suasana menguatkan sifat serta ciri kelakian / wanita
- peringkat genital (12 thn ke atas) : kehendak seksual diganti dgn
struktur ego
- perkembangan diri menjadi maju & selari dgn kematangan yg
berfungsi
- mula dgn peranan sosialisasi, perlaksanaan aktvt berkelompok,
penarikan interaksi seksual & persediaan perkahwinan, berkeluarga
& penetapan vokasional
TOPIK 3 : TEORI PERKEMBANGAN PERSONALITI
1. Intipati /ciri² teori & proses pembentukan moral kanak²
a. dua proses asas pemahaman kanak² thdp persekitaran
b. organisasi : kanak² akan mengorganisasi apa yg diperhati, sentuh
& alami.
c. mereka mengasingkan dunia interaksi di persekitaran
d. adaptasi : mengadaptasikan pemikiran dgn memasukan idea² baru
asimilasi : menambah maklumat baru / memperkayakn struktur
kognitif tanpa membuat sebarang pengubahsuaian
akomodasi : pengubahsuaian skemata sedia dipunyai & digunakan
utk memahami maklumat baru

2. Empat peringkat perkembangan kognitif Piaget
a. peringkat sensori motor (1 bulan – 2 tahun)
- memanipulasi fizikal utk mdpt pengetahuan utk menyesuaikan
diri dgn persekitaran
- kesedaran moral minimum
- membuat sesuatu atas tabiat yg diulang²

b. peringkat pra operasi (2 – 7 tahun)
- perasan ingin tahu sgt tinggi
- bersifat egosintrik & semangat imaginasi juga tinggi
- egosintrik = sukar menerima pandangan org lain & sukar
berkerjasama

c. peringkat operasi konkrit (7 – 11 tahun)
- peringkat mula matang, berkeupayaan utk berfikiran logik,
formal & stabil
- faham memerlukan kerjasama khas dgn rakan² sebaya
- mengikut peraturan permainan bulat² tetapi sudah boleh
berbincang

d. peringkat operasi formal (11 thn ke atas)
- paling tinggi dlm perkembangan kognitif
- mencapai keseimbangan yg sempurna
- thp kemoralan bersifat autonomous (melepasi diri drpd
autokrasi) – melepasi diri drpd terikat dgn autoriti
- peraturan permainan diubahsuai & tidak bersifat suci

3. kritikan teori perkembangan moral Piaget
- tidak mengaitkan perkembangan kognitif dgn faktor genetik
- tidak mengambil kira faktor motivasi & proses peniruan dgn ibu
bapa dgn perkembangan moral
- tidak membincangkn respon kanak thdp peraturan semulajadi
masyarakat sekeliling
- tidak memberi perhatian thdp perbezaan sex, budaya & kelas sosial
kanak²

4. teori perkembangan kognitif Lawrence Kohlberg
- kanak² mewarisi peranan gender mengikut pemodelan dominan ahli
keluarga
- perkembangan kanak ada tiga tahap & enam peringkat

5. Tahap dlm teori Kohlberg
- tahap pra konvesional -
i. peringkat pertama : kanak² melakukan sesuatu perbuatan baik utk
mengelak drpd dendaan / hukuman. (disamping mahu mendapat
ganjaran)
ii. peringkat kedua : sesuatu tindakan yg baik adalah utk memuaskan
kehendaknya & kehendak orang yg disayangi

- tahap konvensional -
i. peringkat ketiga : tingkah laku yg baik adalah yg memenuhi harapan yg
disayangi
ii. peringkat keempat : tingkah laku yg baik ditentukan oleh peraturan,
undang-undang & budaya sosial masyarakat

- tahap pos konvesional -
i. peringkat kelima : kanak² menyedari bahawa manusia mempunyai
pndpt yg berbeza (namun perlu ada persetujuan bg menentukan apa
yg adil utk dilakukan utk merapatkan jurang perbezaan tersebut)
ii. peringkat keenam : manusia melakukan sesuatu berasaskan prinsip
keadlian, kebajikan masyarakat, persamaan hak, menghormati maruah
& tidak menggunakan org lain utk mendapat apa yg dihajati

6. utk mencapai peranan jantina, Kohlberg menjelaskn ada 3 peringkat
- peranan jantina bermula seawal tiga tahun (mengenali dirinya lelaki
/ perempuan)
- penstabilan jantina ; pemahaman kanak² lelaki akan jadi lelaki /
kanak perempuan akan jadi wanita
- pemahaman konsep jantina lengkap ketika berumur lima tahun
(pengukuhan jantina yg konsisten)


7. apklikasi teori perkembangan kognitif (paiaget & kohlberg)
- menyediakan rancangan P&P yg sesuai dgn tahap perkembangan
kognitif pelajar
- penyerapan nilai² positif secara langsung dgn menggunakan plbagai kaedah
- menyediakan aktvt pengajaran yg bermakna & menyeronokkan
- menyediakan objektif pengajaran yg sesuai dgn umur murid²
- menyediakan isi pelajaran dr yg paling mudah kpd peringkat yg
agak sukar (konkrit kpd abstarks)
- menyediakan bahan sumber yg sesuai & mampu meransang
perkembangan kognitif murid²
- menggabungjalin & menyerap plbagai dimensi nilai moral yg sesuai
dgn perlembangan kognitif murid
- membantu murid memindahkan isi pembelajaran secara lebih
sistematik
- melakukan plbagai aktvt selaras dgn kemampuan penaakulan
murid
TOPIK 4 : TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL & HUMANISTIK
1. Teori pembelajaran sosial Emile Durkheim
- aspek² tingkah laku sosial masyarakat mempengaruhi tingkah
laku individu
- (latar belakang status ekonomi, & pegangan agama)
- aspek yg membentuk sesebuah masyarakat adalah pkongsian
persamaan nilai budaya
- perubahan nilai dlm masyarakat berlaku sangat pantas (telah
merenggangkn pegangan thdp nilai² tradisi)
- –( bertentangan dgn nilai² murni)
- masyarakat bertanggungjawab utk berkongsi dlm menyelesaikn
permasalahan

2. implikasi teori Durkheim
- anggota masyarakat perlu memainkan peranan menjaga nilai² yg
mjadi pegangan
- peranan rakan sebaya mempengaruhi pembentukan peribadi
seseorg individu
- ibu bapa berperanan membentuk generasi yg mengamalkan nilai
moral masyarakat (menjadi contoh teladan yg baik)
- guru berperanan memastikan tingkah laku sosial murid dlm suasana
yg baik

3. Teori pembelajaran Sosial Bandura
- faktor² sosial & kognitif memainkan peranan dlm proses
pembelajaran
- personaliti seseorg adalah terbentuk hasil interaksi diantara manusia
dgn org lain
- persekitaran sgt mempengaruhi tingkah laku manusia
- kanak-kanak bertingkah laku secara meniru tingkah laku org lain
(model adalah org yg terdekat – ibu bapa)

4. Intipati teori Bandura
- kanak² mempelajari peranan jantina dlm 2 cara :
i. Peneguhan berlainan : ibu bapa melayan anak² dgn cara yg berbeza.
(mengajar anak lelaki mjadi lelaki & mengajar anak perempuan mjadai
perempuan)
- kanak² diberi pujian & peneguhan jika melakukan tingkah laku yg
sesuai dgn jantinanya (pujian secara negatif jika bertingkah laku yg
menyimpang drpd peranan jantinanya)
ii. melalui kaedah pemerhatian : kanak² bertindak berdasarkan kpd
pengalaman & pemerhatian mereka
- mereka meniru tingkah laku & sikap model yg sama jantina
iii.Peniruan elitasi : seseorg melakaukan apa shj yg dilakukan oleh org
lain (walau sudah tahu cara melakukannya)

5. Elemen² yg penting dlm teori peniruan
- perhatian teliti penting diberikan kpd gerak balas yg hendak diikuti
- hasil pemerhatian disimpan dlm ingatan (meniru perlakuan tersebut pd
masa akan datang)
- gerak balas yg ditimbulkan berdasarkn perkara yg dilihat, didengar /
dirasai (apa² yg ditiru sesuatu yg disedarinya)
- ganjaran diberi utk meneguhkan gerak balas tersebut

6. Peranan guru dlm peniruan yg berkesan
- status model yg dipilih perlu lebih tinggi/ baik berbanding rakan²nya di
dlm kelas
- model dr kelompok yg sama (kelas yg sama)
- umur & jantina model perlu selaras
- diberi motivasi spy meniru tingkah laku yg dilaksnakan oleh model
- peneguhan positif adalah sangat penting

7. aplikasi teori Bandura
- guru perlu menjadi model teladan yg terbaik
- guru boleh mjana pemikiran & tingkah laku pelajar melalui plbagai
aktvt
- modifikasi tingkah laku boleh diperolehi oleh guru
- menggunakan nama tokoh² yg cemerlang sbg model yg boleh
dicontohi
- menggunakan simulsai / main peranan watak² yg protagonis
- guru & pelajar melakukan aktvt sumbang saran bg mengenal pasti
nilai² positif


8. Teori Pembelajaran Humanistik Carls R. Rogers
- menekan hubungan antara kaunselor dgn klien (terapi ke arah
perasaan / emosi klien)
- komponen utama dlm pndktn ini:
- menerima klien tanpa syarat
- empati
- kongruen / ketulenan

- kemampuan diri sendiri utk mengerti diri, menentukan hidup, &
menangani masalah psikologi
- individu boleh menyesuaikan diri dlm apa jua situasi
- fokus apa yg terjadi pd masa sekarang (bukan masa lalu)
- proses perkembangan sifat² & potensi utk menjadi dirinya yg sebenar
dibantu oleh pengalaman & pembelajaran khusus

9. Orang yg berfungsi sbg dirinya yg sebenar
- keterbukaan pd pengalaman : (menerima semua pngalaman dgn
fleksibel). Banyak mengalami emosi yg (+) & (-)
- kehidupan yg nyata : terbuka thdp pengalaman sehingga
menemukan sesuatu yg baru, yg selalu berubah
- kepercayaan thdp diri sendiri : bertingkah laku mengikut apa yg
dirasanya benar
- perasaan bebas : membuat sesuatu tanpa adanya paksaan /
rintangan. (percaya bahawa masa depan bergantung pd diri sendiri)
- kreatif : bertingakh laku spontan, tidak defensif, berubah, bertumbuh,
& berkembang sbg respon atas ransangan kehidupan yg beraneka
ragam

10. intipati teori Carls Rogers
- semua manusia dilahirkan baik & berusaha meningkatkn
ksempurnaan diri
- setiap individu bertanggungjawab atas perbuatannya
- mempunyai motivasi dalaman utk berkembang mencapai potensi yg
maksimum
objektif² yg ditekan oleh teori ini :
i. meningkatkan kecenderungan kendiri individu
ii. pelajar lebih bertanggungjawab utk menentukan perkara yg ingin mereka pelajari
iii. meningkatkn kreatvt & daya cipta pelajar
iv. mengembangkn minat & kerjaya pelajar
v. meningkatkan naluri ingin tahu pelajar

11. aplikasi teori Carls Rogers
- menitik beratkan perkembangan kanak² secara bebas
- kestabilan emosi & sosial kanak² lebih diutamakan drpd pencapaian
akademik
- pembelajaran adalah ke arah pembelajaran kendiri
- membantu kanak² menyerap nilai² moral (spt keyakinan,
memahamikemasmpuan diri, dsbnya)
- penekanan terarah kpd pengajaran guru
TOPIK 5 : TINJAUAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL THN 4
1. Prinsip² utama fokus Sukatan Pelajaran
- betanggungjawab kpd diri, keluarga & org lain
- berpegang teguh kpd ajaran agama
- prihatin kpd alam sekitar
- mengekalkan keamanan & keharmonian hidup
- bersemangat patriotik
- menghormati hak asasi manusia
- mengamalkan prinsip demokrasi

2. Matlamat Pendidikan Moral
- melahirkan insan yg berakhlak mulia
- bertanggungjawab
- boleh menyumbang ke arah keharmonian & kestabilan negara &
masyarakat global

3. Objektif Pendidikan Moral
- memahami & menghayati nilai² murni masyarakat M’sia
- meningkatkan amalan budi pekerti mulia
- menyedari & menerima kepentingan tanggungjawab moral & sosial
bg mengekalkan kesejahteraan hidup dlm phubungan diri dgn
keluarga, masyarakat, negara serta alam sekitar
- mgembangkan pemikiran moral, perasaan moral, amalan moral
dgn membuat sesuatu pertimbangan & keputusan yg selaras dgn nilai²
murni masyarakat M’sia

4. Bidang dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral
- nilai berkaitan dgn perkembangan diri
- nilai berkaitan diri & keluarga
- nilai berkaitan diri & masyarakat
- nilai berkaitan diri & alam sekitar
- nilai berkaitan diri & negara

5. Peranan Guru
- guru sbg pendidik : mbantu murid² mempelajari tentang nilai² moral
masyarakat M’sia
- guru sbg agen perubahan tingkah laku : mbantu murid
meninggalkan tingkah laku yg kurang baik ( menggantikan dgn tingkah
laku yg baik)
- guru sbg ibu bapa : berperanan sbg ibu bapa kpd anak murid

- guru sbg teladan : apa shj yg diucapkan & dilakukan oleh guru
(adalah betul bg murid²)
- guru sbg pemimpin :
- membentuk kepimpinan insan :
- sbg pemacu generasi mulia :

6. Pendekatan yg boleh digunakan
- pendekatan penghayatan :
- pendekatan deduktif : menerangkan konsep / definisi diikuti dgn
contoh
- pendekatan induktif : memberikan contoh² nilai murni diikuti dgn
memerhati & mengkaji contoh² tersebut
- pendekatan perkembangan kognitif :dikaitkan dgn penaakulan
seseorg yg mjadi bertambah matang ketika usia bertambah
disebabkn pengalaman berinteraksi dgn org lain
- pendekatan analisis moral : membantu murid membuat
pertimbangan thdp isu² yg kontroversi
- langkah² sistematik dlm pendekatan analsis moral
- mengenalpasti & menjelaskan nilai yg terlibat
- mengumpul fakta² yg relevan
- menguji kebenaran fakta² tersebut
- menjelaskan samada fakta² itu berkaitan atau tidak
- membuat kesimpulan yg belum muktamad
- menguji prinsip moral yg digunakan
- pendekatan penjelasan nilai :
- pendekatan melalui perlakuan :

7. Kebaikan kaedah penyelesaian masalah
- murid dpt melibatkan diri dlm P&P secara aktif
- dpt menyelesaikan masalah dgn sistematik
- dpt mengumpul fakta² & bukti utk menyokong dlm membuat
keputusan
- dpt bertukar² pndpt semasa proses menyelesaikn masalah
- dpt merumus & menyelesaikan masalah dgn cara yg berkesan

8. Kebaikan kaedah permainan
- murid berpeluang membina kemahiran fizikal & mental
- murid berpuashati & tidak merasa bosan
- dpt membina kemahiran berinteraksi dgn rakan sepasukan & rakan
luar pasukan
- melatih sifat kepimpinan di kalangan murid
- dpt mengurangkan tekanan emosi murid

9. Bagaimana kaedah permainan dilaksanakan
- memahami permaianan & peraturan
- keutamaan kpd murid yg menawarkn diri dlm permainan tsebut
- diberi peluang begerak bebas ( tp mengikut peraturan)
- digalak memberi pandangan tentang permainan yg dilakukn
- guru & murid merumus mengenai nilai yg tdpt dlm permainan tersebut
TOPIK 6 : PERSEDIAAN UTK PENGAJARAN PRAKTIK

1. Kepentingan / rasional Rancangan Tahunan
- merupakan satu panduan thdp topik² yg akan disampaikan
- mengelak drpd pemesongan topik & objektif (topik & isi dirancang
berdasarkn Sukatan pelajaran
- merancang alat & bahan bantu mengajar lebih awal
- susunan topik adalah teratur (konkrit kpd abstraks)
- dpt menyemak topik² yg lepas
- membantu membuat penyelarasan antara dua kelas (mengadakan
ujian yg sama)

2. Objektif rancangan tahunan
- membantu membuat perancangan aktvt (bg satu tahun mengikut
semester)
- membantu memilih, menyusun & mempertingkatkan kemahiran² dlm
sesuatu mata pelajaran
- menentu strategi P&P (ambilkira gabungjalin)
- memilih isi yg terdapat dlm sukatan
- menyediakan bahan P&P mengikut minat, kebolehan & pengetahuan
sedia ada
- melaksanakan P&P mengikut sukatan
- merancang P&P berdasarkan rancangan tahunan

3. komponen rancangan mengajar tahunan
- bilangan minggu
- tema / tajuk
- objektif
- kemahiran
- aktvt pembelajaran

4. Kepentingan / rasional rancangan harian
- melaksanakan rancangan pengajaran dgn lancar & berkesan
- mengingati isi pelajaran yg hendak disampaikan
- membantu utk menyemak apa yg telah diajar
- menentukan objektif pelajaran, memilih isi pelajaran, & strategi yg
sesuai
- membantun mengawal disiplin bilik darjah
- menyampaikan pengajaran dgn lebih berkeyakinan

5. Objektif rancangan harian
- menyediakan isi pelajaran yg cukup dlm masa yg diperuntukkan
- mengagihkan pruntukan masa, mjamin pglibatan murid secara aktif
- merancang bahan utk memenuhi keperluan murid
- menyediakan aktvt berpusatkn murid & merancang strategi P&P yg
boleh menimbulkn minat murid
- menyampaikn P&P dgn berkeyakinan

6. kpentingan pengetahuan sedia ada
- menentukan objektif
- menentukan aktvt dlm set induksi
- menentukan isi pelajaran
- memilih bahan / sumber pengajaran
- memilih strategi & kaedah yg sesuai
- melaksanakan pemindahan pembelajaran
- menentukan aktvt kumpulan
Format persediaan mengajar
Mata pelajaran : pendidikan moral
Kelas : 4 angsana
Tarikh : 04 Disember 2008
Masa : 9.15 – 10.15
Bil murid : 32 orang
Bidang pembelajaran : Nilai berkaitan dgn perkembangan diri
Tajuk : Pegangan agama pedoman hidup
Kemahiran : Tuntutan agama tanggungjawab kita
Pengetahuan sedia ada :
Hasil Pembelajaran : mengamal & menghayati cara hidup mengikut
tuntutan agama masing-masing
Nilai : ikhlas & penyayang
Sumber pengajaran/pembelajaran : Slaid Power point, petikan cerita

Langkah/
tahap/masa (minit) Isi kandungan Aktvt pengajaran & pembelajaran Catatan
Set induksi
Langkah penyampaian


Penilaian
Penutup

Catatan refleksi :


TOPIK 7 : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
1. Kriteria pemilihan isi pelajaran
- harus berdasarkan objektif pelajaran
- berdasarkan pengetahuan sedia ada murid
- mngandungi unsur bsepadu (mrangkumi aspek kognitif, afektif &
psikomotor)
- pertimbangkan juga unsur m/pelajaran lain
- berdasarkan strategi penggabungjalinan kemahiran

2. Faktor yg mempengaruhi pemilihan kaedah
- merujuk kpd m/pelajaran yg akan diajar
- berdasarkan objektif pelajaran
- dipengaruhi kebolehan murid
- jenis aktvt yg akan dilaksnakan dlm P&P
- bergantung kpd aktvt pembelajaran murid
- harus mengambil kira konsep bersepadu

3. Apakah pkara yg perlu dpertimbangkan semasa memilih bahan sumber?
- perlu sesuai dgn aktvt P&P
- harus mempunyai idea² & rekabentuk yg tersendiri
- boleh membantu dlm aktvt pengajaran guru / aktvt pembelajaran murid
- reka bentuk menarik & berkesan
- disediakn dgn kos yg rendah & masa yg berpatutan
- Mengandungi nilai murni yg tinggi
- Mudah dibawa, diguna & disimpan
- Dpt membantu murid mjalankan aktvt pengayaan / pemulihan
- Mbolehkn murid mhubungkn antara benda konkrit dgn bahan abstraks
- Mbolehkn murid mjalankn kajian mlalui kaedah projek/inkuiri pnemuan

4. Jenis aktvt penilaian
- a. Penilaian mengesan penguasaan :
- dijalankan sepanjang P&P utk mengesan kelemahan penguasaan
murid (diperbetulkan serta merta)
- melalui pemerhatian / soal jawab
- b. Penilaian mengesan kemajuan :
- dijalankan selepas beberapa kemahiran dlm sesuatu topik
- utk mengesan kemajuan murid (utk aktvt pengayaan / pemulihan)
- secara formal / tidak formal
- keputusan direkodkan dlm rekod prestasi
- c. Penilaian mengesan pencapaian :
- dijalankan selepas beberapa topik
- utk menesan pencapaian murid (biasanya dlm satu semester)
- secara formal (sumatif)
- keputusan direkodkan dlm rekod pencapaian (markah & gred)

5. Kpentingan & objektif RPH
- menentukan objektif pelajaran
- memilih isi pelajaran
- memilih strategi & kaedah
- membuat penggabungjalinan & penyerapan secara terancang
- menyediakan penilaian yg bersesuaian

6. Tujuan set induksi
- memotivasi / mengekalkan fokus murid
- membantu murid
- melihat pkaitan antara maklumat yg diketahui dgn pbelajaran baru
- bagaimana pembelajaran dikaitkn dgn pengalaman diri &
pengetahuan sedia ada
- mengulangkaji pelajaran / kemahiran lepas

7. Kpentingan komponen penutup
- memberi gambaran yg lebih jelas & menyeluruh
- mengukuhkan konsep / kemahiran yg baru dikuasai
- mewujudkan perasaan kejayaan & pencapaian melalui teknik
peneguhan
- sbg aktvt penilaian utk menilai pencapaian objektif
- dpt memberi peluang murid mengaplikasikan konsep & kemahiran yg
baru dipelajari

8. Perkara utk memilih aktvt yg sesuai
- peringkat umur murid
- tahap kebolehan murid
- pengetahuan sedia ada murid
- isi kandungan
- objektif pelajaran
- masa yg diperuntukkan
- bilangan murid dlm kelas
- sumber / bahan bantu yg digunakan

9. Kepentingan menggunakan bahan bantu mengajar
- murid mudah memehami konsep yg abstraks
- murid dpt menggunakan dlm aktvt pembelajaran mereka
- murid mudah menguasai kemahiran baru
- mempelbagaikan aktvt pengajaran
- P&P lebih menarik & menyeronokkan


TOPIK 8 : SUMBER & PEMBINAAN SUMBER DLM P&P PDIDIKAN MORAL
1. Jenis² sumber pengajaran [obj 1]
- a. Personel : sumber berasaskn manusia spt rakan sebaya, guru,
tokoh sejarah, pemimpin dsbnya
- b. Bahan maujud : bahan disekeliling yg boleh disentuh spt bendera,
pakaian, model dll
- c. Bahan bercetak : spt surat khabar, majalah, poster, jurnal, buku
dsbnya
- d. Bahan permainan : spt patung haiwan, dam ular, kad teka-teki,
sahiba dsbnya
- e. Bahan audio-visual : yg mengeluarkan suara / gambar / suara &
gambar serentak
- f. Sumber berkomputer : spt disket, cakera padat, ‘pen drive’ word
dsbnya

2. Kepentingan sumber pengajaran [obj 2]
- sbg sumber mencerita & menjelaskan pengalaman, isu & peristiwa yg
dilalui oleh sumber personel (dpt mberi cth teladan kpd murid² dr segi
amalan nilai² murni)
- perasaan mendalam (intrinsik) dpt dijelmakan pd jiwa murid² bila
melihat & menyentuh bahan maujud
- membawa peristiwa & pengalaman org lain ke dlm bilik darjah melalui
petikan cerita
- bahan² permainan memang sesuai dgn sifat semula jadi murid²
- nilai² patriotik lebih mudah diterapkan dgn lebih berkesan melalui
tontonan filem
- sumber berasaskan komputer dpt mdekatkan sumber dgn murid² agar
mereka dpt menilai, menerima & mengamalkan nilai² murni yg
disampaikan

3. Kelebihan & kelemahan bahan sumber
Sumber Kelebihan Kelemahan
Personel - fleksibel iaitu boleh berubah² mengikut sumber personel itu sdiri
- murid dpt berinteraksi dgn sumber secara terus
- sumber dpt menyampaikn idea secara langsung
- mudah dihubungi (melalui surat/telefon)
- kualiti tidak terjamin
- bgantung kpd kesanggupan & kesempatan masa
- sukar mdpt sumber yg berwibawa

Bahan maujud - dpt dirujuk sbg bahan sebenar
- menarik & dpt berinteraksi secara langsung
- boleh menyerupai bahan sebenar (model) - memerlukan ruang yg besar utk menyimpannya
- perlu tempat pemeliharaan & pjagaan (haiwan yg hidup)
- perlu tenaga utk dibawa
Bahan bercetak - murah (mampu milik)
- meningkat daya kreatvt murid
- mudah dibawa
- mudah diperolehi (kedai buku / pusat sumber)
- tebal – perlu ruang utk menyimpan
- berat – perlu tenaga utk mbawa
- tidak boleh disunting
Bahan permainan - mudah diperolehi
- menarik
- mewujudkan daya saing
- mewujudkan semangat berpasukan - sukar memastikan kesesuaiannya
- tidak semua murid dpt mngambil bahagian (jika bahan tidak mencukupi)
- membazir jika tidak dirancang dari awal
Berasaskan komputer - amat fleksibel
- mudah dikemaskini
- multi media
- jaringan tidak terhad
- mesra pengguna - mahal
- perisian terhad
- bgantung kpd bkalan elektrik
- perlu kemahiran utk mengendalikannya

4. Pertimbangan memilih bahan sumber [obj 3]
- selaras dgn falsafah pendidikan negara
- tidak bercanggah dgn nilai² masyarakat
- relevan dgn kurikulum (spy objektif pengajaran dpt dicapai)
- selaras dgn prinsip pedagogi (mudah kpd sukar)
- memberi maklumat terkini (cth surat khabar)
- harga yg berpatutan (tidak membebankan kewangan)
- mudah diperolehi, mudah diguna, mudah alih, & mudah diselenggara
- pelbagai ransangan deria / panca indera
- dapat digunakan berulang kali oleh guru & murid
- fleksibel (boleh diguna dlm plbagai m/pelajaran

5. Pembinaan bahan sumber [obj 4]
Bahan maujud
a. Selaras dgn hasil pembelajaran yg hendak dicapai: (kesesuaian
bahan dgn kurikulum, sukatan pelajaran & hasil pembelajaran
b. Kos pembinaan model : murah / sesuai dgn fungsi
c. Keberkesanan model : sesuai dgn subjek yg diajar

bahan bercetak
a. Poster :
- saiz yg cukup besar (mudah dibaca), menarik & berfungsi
- cogankata, ringkas, padat & mudah difahami
b. Kad cerita :
- utk menerapkan nilai moral
- mudah difahami & menarik minat murid
- dpt menyentuh perasaan murid & sesuai dgn peringkat umur /
kebolehan murid
c. Skrip lakonan : satu sumber dlm teknik lakonan
d. Keratan media : sumber P&P yg terkini
- banyak isu² moral tempatan & antarabangsa
- kandungan nilai² murni dlm keratan media massa

Bahan rakaman
- kaset rakaman suara : mesti mengandungi unsur² nilai murni
- kaset rakaman gambar & bersuara : cth majlis perkahwinan, majlis
penyampaian hadiah
- cakera padat : bentuk rakaman & suara serentak

6. kelebihan bahan rakaman
- boleh digunakan secara bersendirian
- boleh dipadam & digunakan semula
- menyalin & memperbanykan dgn harga yg murah
- boleh ditentukan masa pengajaran dgn tepat
- plbagai buniy & peristiwa boleh dirakam
- ruang menyimpan tidak begitu besar
- boleh diguna di mana²

7. Kepentingan menggunakan multimedia [obj 5]
- boleh diterjenahkan dlm bentuk gambar, audio, visual & sebagainya
(murid tertarik & memberi tumpuan)
- buku kerja elektronik (selepas jawapan diberi komputer akan memberi
maklum balas)
- boleh berfungsi sbg tutorial (menjelaskan sesuatu konsep diikuti dgn
memberi soalan & mampu menganalisis tahap pencapaian murid)
- berfungsi mewujudkan suasana yg nenyerupai keadaan & fenomena
yg sebenar dlm dunia
- mempunyai perisian permainan dlm pelajaran (pengalaman yg
menyeronokkan)
- menyelesaikan masalah menggunakan perisian komputer (menarik
perhatian murid)

8. Cabaran & manfaat menggunakan bahan sumber berkaitan komputer
- perlu dirancang dgn baik (ada kaitan dgn kurikulum)
- aspek kesesuaian bahan perlu diambil perhatian (elakan perkara tidak
beretika)
- mesti bersesuaian dgn keperluan kurikulum & menyokong pndktan
pengajaran
- memerlukan bekalan eletrik

9. Kebaikan penggunaan bahan berasaskan komputer dlm P&P
- berupaya meningkatkn kefahaman & penguasaan murid
- peluang pembelajaran yg sama kpd semua murid
- meningkatkan motivasi & membolehkan pembelajaran individu
- murid boleh mengakses maklumat vyg sukar diperolehi
- mengumpul maklumat dgn cepat & dgn kadar yg murah
- menyeronok & mencabar
- membolehkan murid mencuba eksperimen yg sukar, mahal / bahaya
utk dilaksana dgn cara biasa
- meningkat daya kreativit & imaginasi
TOPIK 9 : PERSEMBAHAN PENGAJARAN MIKRO & MAKRO
1. Objektif set induksi
- membina kesediaan murid mengikuti pengajaran guru
- membina aliran fikiran murid berkaitan dgn pelajaran yg disampaikan
- menarik minat murid berkaitan thdp aktvt pengajaran
- membantu murid mengikuti pembelajaran dgn lebih mudah
- menagitkan pengalaman murid dgn isi pelajaran baru
- mewujudkn kerangka rujukan sebelum & semasa sesuatu sesi
pengajaran

2. Objektif menerang & komponen menerang
- memudahkn murid memahami sesuatu pengajaran, konsep & fakta
- menghuraikan sesuatu proses, peraturan & prosedur serta
menyelesaikan masalah
- menyampaikan maklumat / penjelasan isi dlm masa singkat
- membuat ramalan thdp peristiwa tertentu

komponen
- permulaan : gaya yg menarik, ringkas, padat (meliputi tajuk
perbincangan)
- kemahiran ilustrasi : sisokong dgn ilustrai yg jelas ( lebih menarik &
dpt mengekalkn tumpuan)
- penyusunan idea : diperkembang secara teratur / berperingkat²
(mengikut kebolehan & minat serta bersesuaian dgn peringkat umur)
- menggunakan plbagai ransangan (bahasa yg bersesuaian)
- penutup : mbuat rumusan / kesimpulan (isi-penting dinyatakan
secara bertulis secara ringkas & padat)

3. Objektif kemahiran menyoal, prinsip & komponen
- mendorong murid melibatkan diri secara aktif
- membangkit rasa ingin tahu melalui soalan yg menariuk & mencabar
- menarik phatian murid thdp aktvt pengajaran
- menguji kefahaman murid
- membantu mengembang daya pemikiran murid & mengukuhkan
konsep kefahaman baru seamasa P&P
- mewujudkan interaksi antara guru murid
- melibatkan murid secara aktif dlm P&P

prinsip
- pembentukan soalan : sesuai mengikut umur, kebolehan &
pengalaman masing²
- sesuai dgn sukatan
- jelas, ringkas & padat (bentuk soalan perlu diubah dari semasa
ke semasa)
- teknik mengemukan soalan : kemukakan soalan sebelum memanggil
nama (soalan utk seluruh kelas)
- beri sedikit masa utk murid memikirkannya
- penerimaan jawapan murid : memuji murid yg memberi jawapan yg
betul (elakan membenarkan murid menjawab beramai²)
- elak drpd mengejek jawapan yg salah (bimbing dgn klu² yg boleh
membantu)

komponen
- pembentukan soalan : tepat, padat, jelas, ringkas & mudah difahami
- sesuai dgn peringkat umur
- fokus : fokus tunggal – ditumpukan kpd satu idea (konvergen)
- fokus pelbagai – ditumpoukan kpd lebih drpd satu idea (divergen)
- sebaran : kpd semua murid dlm kelas (hak sama rata utk menerima
soalan)
- hentian : kesempatan utk murid berfikir
- melayan jawapan : dgn baik (kpd semua jawapan murid)
- mberi pujian jawapan yg betul & membantu murid memperbaiki
jawapan yg kurang tepat
- memberi petunjuk jawapan : permudahkan soalan dgn memberi
petua & petunjuk jawapan
- mencungkil fikiran : membantu murid memahami fakta, konsep / teori
dgn jelas

4. Objektif kemahiran memberi peneguhan
- menarik perhatian dlm proses pengajaran guru
- memupuk keyakinan diri murid & menggalakan tingkah laku positif
- menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif
- memperbaiki disiplin kelas (negatif kpd positif)

komponen
- lisan positif
- greak isyarat positif
- komponen dampingan
- komponen lisan negatif
- komponen gerak isyarat negatif

5. Objektif mengguna bahan sumber
- menambahkan lg keberkesanan P&P
- mencetus minat murid thdp pengajaran
- mengekalkan perhatian & tumpuan murid
- memudahkan murid memahami pengajaran guru thdp sesuatu
konsep / istilah

6. Objektif variasi rangsangan dan komponen
- menimbulkan minat murid & mengekalkan perhatian thdp aktvt P&P
- melibatkan murid dlm plbagai pengalaman baru
- peluang kpd murid menggunakan plbagai saluran deria
- melibatkan murid secara aktif dlm proses P&P
- memotivasi & membangkitkan naluri ingin tahu
- mewujudkan suasana P&P yg positif & seronok

komponen
- pergerakan
- gerakan badan / bahasa badan
- perubahan dlm corak pertuturan
- perubahan dlm gaya berinteraksi
- memberi fokus
- hentian
- pertukaran lisan –visual
i. lisan ↔ lisan –visual : sambil bcakap tunjukkan objek, carta &
model dan menerangkannya
ii. lisan ↔ visual : sambil bercakap menunjukkan carta, gambar /
bahan lain
iii. Visual ↔ lisan – visual : semasa menunjukkan sesuatu projek
tanpa bercakap, kemudian menerangkan dgn bantuan carta &
gambarajah

7. Objektif penutup
- mbuat rumusan / kesimpulan thdp pengajaran
- menarik phatian murid thdp apa yg baru dipelajari
- mewujudkan pkaitan antara pengetahuan & pengalaman sedia ada
dgn tajuk yg baru
- mewujdkan rasa berjaya dlm diri melalui peneguhan
- menggunakan aktvt penilaian bg menilai pencapaian objektif
- mengadakan aktvt susulan spy murid berpeluang mengaplikasikan
konsep & kemahiran yg baru

8. garis panduan perancangan pengajaran makro
- menyediakan ringkasan, idea & konsep
- memilih strategi pengajaran yg sesuai
- merancang pengajaran dgn aktvt yg berurutan
- merancang proses pembelajaran yg menarik & mencabar
- membolehkan murid memindahkan pembelajaran dlm situasi yg baru
- merancang tugasan mengikut kebolehan
- merancang pengajaran utk memenuhi keperluan individu
- membuat pengubahsuaian rancangan yg tidak akan mencapai objektif

TOPIK 10 : PENILAIAN PENGJARAN MAKRO
1. Unsur² penilaian dlm pencerapan klinikal
- suatu teknologi utk meningkatkn pengajaran
- satu pertimbangan intervensi dlm proses pengajaran
- berorentasikan mtlmt dgn menyepadukan keperluan sekolah &
keperluan perkembangan peribadi guru
- mempunyai hubungan kerja yg profesional – guru dgn penyelia
- memerlukn kepercayaan yg tinggi antara guru & penyelia
- suatu penilaian yg sistematik
- membina hubungan yg produktif
- penyelia merupakan seorg yg mempunyai pengetahuan yg tinggi
tentang penganalisaan P&P
- memerlukan latihan praperkhidmatan (dlm teknik² pemerhatian)

2. peringkat² penilaian
i. konferens perancangan (pra pemerhatian) :
- bertujuan utk membina psefahaman antara penyelia & guru
- menentukan fokus pemerhatian (yg dipersetujui bersama)
- guru dibimbing utk buat refleksi

ii. pemerhatian semasa P&P :
- penyelia memerhati pengajaran yg disampaikan & mbuat catatan /data
(dlm bentuk kualitatif / kuantitatif).
- Pemerhatian sepanjang waktu P&P
- Huraian data membantu semasa sesi bimbingan
- Data berdasarkan isu, aspek yg dipersetujui bersama
- Data dpt membantu guru menyedari kelebihan / kelemahan pengajaran
(dpt membuat refleksi utk memperbaiki / mengukuhkan P&P

iii. konferens maklum balas (pos pemerehatian)
- merupakan sesi perbincangan selepas pengajaran dilakukan
- utk memberi maklum balas kpd guru berdasarkan data yg dikumpul
- penyelia berperanan menganalisis proses P&P bersama guru (bukan
mencari kelemahan guru)

3. tiga jenis konfrens pra pemerhatian
- menentukan fokus pemerhatian secara kolaboratif : utk mengetahui
perspektif guru thdp minat & tumpuannya dlm P&P
- mengenalpasti kaedah & cara pemerhatian : penyelia menentukan alat
pemerhatian yg sesuai digunakan (berbincang / keputusan penyelia)
- menetap masa pemerhatian & pos pemerhatian : guru boleh memilih
hari & masa utk pemerhatian serta pos pemerhatian diadakan.
- Guru boleh memilih kelas yg akan diperhatikan

4. Matlamat konferens pra pemerhatian
- mengenalpasti minat & tumpuan guru dlm perbincangan
- menjelaskan tujuan utama pemerhatian (meningkatkan P&P)
- mengurangkan tekanan & memberikan keselesaan kpd guru dlm
melaksanakan proses P&P
- memilih alat pemerhatian & jadual lawatan serta konferens pos
pemerhatian

5. Pertimbangan semasa membuat penilaian kendiri (refleksi)
- perasaan semasa menyampaikan sesuatu pemgajaran
- perkara yg menarik tentang pelajaran
- bukti penilaian thdp pencapaian objektif pelajaran serta proses
pembelajaran murid
- bukti penggunaan KBKK oleh murid semasa proses P&P
- kelebihan & kelemahan pengajaran yg disampaikan serta cara
mengatasi
- cara meningkat proses P&P dgn lebih berkesan

6. Bagaimana proses penilaian kendiri dilaksanakan melalui pemikiran reflektif?
- mengenalpasti isu, aspek / masalah yg timbul
- memahami & menjelaskan isu , aspek / masalah yg timbul
- memp[roses & menganalisis maklumat yg diperolehi secara analitikal
& kritikal
- mengingat kembali perkaitan antara pengalaman sedia ada dgn
penyelesaian masalah
- memikirkan alternatif penyelesaian kpd masalah yg timbul
- membuat keputusan pemilihan alternatif penyelesaian utk tindakan
susulan

7. Faedah / kepentingan / tujuan membuat refleksi
- berfikir secara sistematik & memahami perkara yg berlaku dlm bilik
darjah secara wajar & rasional
- membentuk matlamat & inkuiri secara profesional
- melaksanakan model pembelajaran sbg satu proses yg berterusan
- melaksanakn perbincangan & kolaboratif dgn penyelia

8. bagaimana membuat penilaian kendiri?
- mengenalpasti isu yg timbul semasa penyampaian pengajaran
- menghubungkaitkan idea dgn pengalaman sedia ada
- mengemukakan soalan kendiri
- mengemukakan plbagai kemungkinan penyelesaian
- membuat penilaian yg kritis & kreatif thdp kemungkinan penyelesaian
9. objektif menulis jurnal refleksi
- menyimpan catatan sbg renungan
- menilai tugas / tanggungjawab yg telah dijalankan
- menjadikan asas / panduan kpd tindakan susulan
- meningkatkan kepekaan thdp bidang tugas
- menjadikan jurnal refleksi sbg bahan perbincangan dgn penyelia
- meningkatkn kemahiran profesional guru

10. garis panduan menulis jurnal refleksi
- catatan merupakan butiran spt peristiwa, masalah & pencapaian
- menetapkan satu jangkamasa utk melaksanakan cadangan utk
mengatasi masalah
- membuat catatan bg mengesan kemajuan tindakan susulan
- jurnal sbg saluran merenung kembali tugas sbg guru

11. perkara yg perlu diberi perhatian semasa menuslis jurnal refleksi
- masalah :
- analisis
- cadangan utk memperbaiki
- tempoh masa
- penilaian kejayaan
- tindakan susulan

No comments:

Post a Comment