Monday, October 25, 2010

Pemanasan Global :Kesan ke atas Alam Sekitar(Fizikal)

Penggurunan

Jerebu

  1. Menggalakkan Kejadian El-Nino.
  2. Menggalakkan kebakaran hutan - jerebu.
  3. Gangguan ke atas sistem ekologi.
  4. Menyebabkan kejadian Pulau Haba Bandar.
  5. Gangguan ke atas kitar hidrologi.
  6. Mempercepatkan fenomena penggurunan.
  7. Pencairan litupan ais benua dan ais pergunungan tinggi.

Perindustrian dan kaitannya dengan pemanasan global

Perindustrian yang tempang akan menyebabkan pemanasan global - gambar hiasan


Kegiatan perindustrian yang banyak membebaskan gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur oksida, kloroflorokarbon, halon, metana dan lain-lain yang menjadi agen utama menghakis dan menipiskan lapisan ozon serta membentuk selimut atmosfera yang memerangkap bahangan bumi.

Menurut laman ensiklopedia bebas WIKIPEDIA, Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.


Perkhemahan dan alam sekitar




Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda utamakan.

Beberapa kod etika yang perlu dipatuhi:


  1. Minimal impact camping.
  2. Leave no trace techniques.

Apa itu Laporan Kesan Alam Sekitar - EIA

EIA bertujuan untuk menilai impak keseluruhan sesuatu projek pembangunan yang dijalankan oleh sektor awam dan sektor swasta terhadap alam sekitar. EIA termaktub dibawah Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang ditetapkan)(Penilaian kesan alam sekeliling), 1987. EIA meliputi penilaian awal dan penilaian terperinci mengikut tatacara yang telah ditetapkan.

Hutan: Pengenalan dan kepentingannya kepada atmosfera





Menurut laman ensiklopedia bebas Wikipedia, hutan merujuk kepada kawasan yang ditumbuhi pokok-pokok secara meliar dan bercampur-campur. Hutan berbeza dengan ladang yang pokoknya ditanam oleh manusia dan pada kebiasaannya dipenuhi hanya satu atau dua spesies pokok sahaja.
Hutan juga dikelaskan mengikut perubahan ciri-ciri ketinggian dari aras laut, gabungan flora, habitat, iklim, tanah dan biotik.
Klik untuk melihat 7 KELAS HUTAN

Kepentingan hutan kepada atmosfera
  1. Hutan membantu menambahkan kandungan oksigen di dalam udara.
  2. Hutan membantu merendahkan suhu di dalam udara.
  3. Hutan membantu mengurangkan kandungan gas karbon dioksida di dalam udara.

Apa itu Pendidikan Kefahaman Sejagat (EIU)?


EIU (Education for International Understanding) adalah berkaitan dengan pendidikan untuk keamanan dan hak-hak manusia yang bermula pada tahun 1995, di mana cadangan ini telah diikuti oleh UNESCO semenjak tahun 1974.

Tujuan pelaksaanaan

EIU memainkan peranan penting dalam mendidik bagi mewujudkan satu budaya keamanan atau pendidikan hak manusia serta mana-mana rangka kerja lain yang berkaitan dengan "kebijaksanaan" individu dalam usaha memperkayakan sumber alam secara keseluruhan.

Pada dasarnya, semua perkara-perkara yang berkaitan adalah mengenai bagaimana satu rangka kerja dapat dihasilkan secara transformasi pendidikan bagi mempertingkat kesejahteraan manusia dalam semua dimensi.

Tema EIU

Terdapat lima tema di dalam EIU iaitu:
  1. Globalisasi
  2. Kepelbagain budaya
  3. Kelestarian
  4. Hak asasi manusia
  5. Keamanan dan ekuiti


Ingin maklumat tambahan? KLIK SINI




Pembangunan Lestari: Bacaan tambahan

Bacaan tambahan untuk subjek ESD: Klik Sini


Prinsip-prinsip ESD:

  1. Kesetaraan
  2. Keadilan gender
  3. Pemeliharaan alam sekitar
  4. Pembasmian kemiskinan
  5. Toleransi sosial
  6. Masyarakat adil dan damai

Apa itu herbarium?

Proses pembuatan herbarium - Gambar hiasan


Apa yang anda tahu mengenai herbarium?

Herbarium ialah suatu spesimen dari bahan tumbuhan yang telah dimatikan dan diawet.

Herbarium ini penting kerana ia mengandungi data asli tentang sesuatu tumbuhan yang telah diidentifikasi.

Herbarium penting dalam membantu pengkajian dalam bidang-bidang seperti:

  • Morfologi
  • Taksonomi
  • Ekologi
  • Geografi

Agenda 21: Objektif pelaksanaannya


Objektif Agenda 21 ialah:
  • Menggalakkan semua negara mempertahankan alam sekitar masing-masing.
  • Memperbaiki kesihatan manusia dan mengatasi masalah kemiskinan.
  • Merupakan satu pelan tindakan komprehensif yang akan dilaksanakan secara global, di peringkat nasional dan tempatan oleh badan-badan PBB, kerajaan dam pelbagai badan-badan yang mana melibatkan kesan alam sekitar terhadap manusia.
  • Menggalakkan semua negara mengurangkan pencemaran alam, mengawasi hasil-hasil bumi serta menjaga habitat semulajadi dan kehidupan liar.

Persidangan Rio De Janeiro

Persidangan Rio De Janeiro ialah suatu persidangan oleh anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai alam sekitar dan pembangunan yang juga dikenali sebagai Persidangan Kemuncak Bumi yang diadakan di Rio De Janeiro pada tahun 1992.

Persidangan ini memfokuskan kepada isu alam sekitar. Antara lain ialah:

Pertama - Menggesa negara-negara di seluruh dunia mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga alam sekitar demi menjamin kehidupan yang lebih berkualiti. Malaysia ialah antara negara yang turut menyertai dalam World Solar Commission untuk memastikan penggunaan tenaga yang lebih selamat di masa hadapan.

Kedua - Membahas bagaimana pembangunan yang berterusan dapat dijalankan iaitu pembangunan yang mengambilkira alam sekitar, menyediakan hak yang sama untuk semua manusia dan menjaminkan bahawa generasi akan datang turut dapat menikmati dan memenuhi kehendak yang sama seperti mana generasi kini.

Ketiga - mencatat prinsip-prinsip dan tindakan-tindakan dalam Agenda 21.

Protokol Kyoto


Protokol Kyoto ialah suatu persetujuan antarabangsa mengenai pemanasan global. Melalui protokol ini, negara maju atau negara-negara perindustrian bersetuju mengurangi emisi (pembebasan) gas rumah hijau secara minimum. Sungguhpun langkah ini merupakan satu usaha yang positif, terdapat lapan negara yang tidak mahu menurunkan gas-gas rumah hijau iaitu Australia, Monaco, Amerika Syarikat (pengeluar terbesar gas rumah hijau), Croatia, Kazakhstam, Zambia dan Swiss. Gas-gas rumah hijau yang perlu dikurangkan ialah CO4, CH4, N2O.


Impak yang akan berlaku sekiranya Protokol Kyoto tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya ialah:
  • Kerosakan harta benda.
  • Kematian.
  • Jangkitan penyakit.
  • Kekurangan sumber air tawar.
  • Kegiatan ekonomi.
  • Asbut.

Pengurusan sumber

Kepentingan pengurusan sumber secara terancang ialah:

Kepentingan masa depan. Pengurusan sumber penting untuk menjamin bekalan yang berterusan terutama sumber yang tidak boleh diperbaharui. Sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti sumber galian jika tidak diuruskan dengan baik akan meninggalkan kesan seperti menjejaskan politik dan ekonomi.

Kepentingan alam sekitar. Jika sumber alam tidak diurus dengan baik, ia akan mengakibatkan kesan negatif kepada alam sekitar seperti mencemarkan alam sekitar. Contohnya, kegiatan pembalakan tanpa penggantian semula akan menyebabkan ekosistem terganggu. Bahkan kegiatan hakisan akan berlaku dengan berleluasa apabila hujan turun.

Kepentingan sosial. Kadar pertumbuhan penduduk yang cepat khasnya di India dan Afrika memerlukan satu program yang terancang bagi mengelakkan kes kebuluran dan penyakit akibat kekurangan zat makanan.

Kepentingan ekonomi. Perkembangan industri memerlukan banyak sumber alam. Tanpa sumber alam yang berterusan, ekonomi sesebuah negara akan terjejas. Justeru, sumber semulajadi perlu diurus dengan baik supaya tidak berlaku pembaziran. Bagi sumber yang tidak boleh diperbaharui pula seperti petroleum, satu program bagi mendapatkan bahan alternatif perlu diwujudkan.

20 May 2010


Pertanian Malaysia: Permasalahan

Masalah-masalah yang dihadapi dalam sektor pernatian di Malaysia ialah:

  • Masalah ancaman fizikal - bencana alam.
  • Masalah kekurangan tenaga buruh.
  • Masalah kekurangan modal.
  • Masalah tanah.
  • Masalah teknologi pertanian yang masih rendah.


Langkah-langkah
yang diambil bagi mengatasi masalah tersebut ialah:

  • Mewujudkan semula program pembangunan wilayah.
  • Saiz tani yang tidak ekonomik digabungkan secara berkelompok.
  • Membangunkan kemudahan infrastruktur pertanian.
  • Menyediakan dana atau kemudahan kredit.
  • Memberikan kemudahan subsidi kepada petani.
  • Menubuhkan Jabatan Pertanian.
  • Mewujudkan sistem pemasaran hasil pertanian.
  • Mewujudkan pelbagai agensi penyelidikan dan pembangunan - MARDI, PORIM.
  • Mempromosikan produk pertanian.
  • Melaksanakan konsep pertanian bersepadu.

Kesan-kesan kegiatan perikanan terhadap alam sekitar



Kegiatan perikanan turut meninggalkan kesan terhadap alam sekitar.

Pertamanya ialah kepupusan fauna dan flora lautan. Kegiatan akuakultur telah menyebabkan kepupusan kawasan paya bakau di tepi pantai. Contohnya, hutan paya bakau muara Sungai Pulai, Johor ditebang untuk penternakan udang galah. Penangkapan ikan secara berlebihan dengan penggunaan pukat tunda adalah ancaman terbesar terhadap habitat atau pertumbuhan terumbu karang. Ianya telah menyebabkan kira-kira 64% terumbu karang berada dalam keadaan terancam.

Selain itu, pencemaran laut sering berlaku kesan tumpahan minyak daripada bot nelayan. Hal ini menyebabkan pembiakan ikan tidak aktif dan akhirnya bilangan ikan akan semakin berkurangan. Pembuangan sisa-sisa dari kawasan petempatan ikan seperti Kampung Air, Sabah mencemarkan air laut.

Seterusnya, di kawasan perkampungan nelayan seperti Nenasi dan Beserah yang menjalankan industri kecil dan sederhana seperti belacan, cencaluk, ikan kering dan udang kering telah menyebabkan pencemaran bau busuk di kawasan sekitar.

Penangkapan ikan secara besar-besaran akan menyebabkan terumbu karang menjadi pupus. Tanpa ikan dan haiwan vertebrata laut, populasi karang akan digantikan oleh populasi alga. Alga mencegah penempelan dan pertumbuhan larva polip karang pada substrat. Penangkapan ikan secara berlebihan yang tersebar luas di Asia Tenggara, dianggarkan mengancam terumbu karang di kawasan tersebut. Penangkapan ikan dengan menggunakan racun akan melepaskan racun sianida ke kawasan terumbu karang. Ia kemudian membunuh atau membius ikan. Karang yang diancam oleh sianida berulang kali akan mengalami pemutihan dan kematian.

Pertanian di Malaysia


Bentuk pertanian di Malaysia ialah:
  • Pertanian pindah
  • Pertanian kebun kecil
  • Pertanian sara diri
  • Pertanian ladang

Cara-cara untuk membangunkan sektor pertanian dengan mapan ialah:
  • Amalan penggiliran tanaman
  • Penggunaan tanaman pencegah bagi mengurangkan penggunaan racun perosak
  • Tanaman genetik dapat mengurangkan penggunaan racun perosak

Pembangunan mapan

Pembangunan mapan juga disebut sebagai pembangunan lestari atau pembangunan seimbang. Ia membawa maksud pembangunan yang adil iaitu memenuhi kehendak generasi masa kini tanpa mengorbankan keperluan generasi yang akan datang. Contohnya sumber alam yang kita nikmati kini masih dapat dinikmati oleh generasi akan datang.


Kepentingan pembangunan mapan:
  1. Mengelakkan atau melambatkan kepupusan sumber.
  2. Melambatkan kepupusan sumber tenaga fosil.
  3. Mengelakkan kepupusan spesies.
  4. Memastikan industri pengeluaran tidak merosakkan alam sekitar.


Pendekatan pembangunan mapan dalam sektor industri primer ialah:
  1. Sektor perhutanan: Pengurangan penebangan pokok dan mengadakan rancangan tanam semula untuk menggantikan pokok yang telah ditebang.
  2. Sektor pertanian: Meningkatkan pengeluaran produk pertanian yang berkualiti baik dan berhasil tinggi seiring dengan pengurangan penggunaan baja kimia.
  3. Sektor perlombongan: Menggantikan bahan api fosil dengan bahan api yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar, air dan angin.


Kesan-kesan utama
terhadap alam sekitar bandar yang tidak mengamalkan pendekatan pembangunan mapan ialah:
  1. Perubahan imbangan sinaran tenaga.
  2. Gangguan kitaran hidrologi.


Apa itu urbanisasi?

Proses urbanisasi ialah satu proses perubahan dari segi pertambahan penduduk dan pembangunan fizikal sesebuah kawasan bandar. Pertambahan penduduk bererti bilangan penduduk di sesuatu tempat bertambah dengan cepat berbanding dengan kawasan luar bandar. Ia disebabkan faktor migrasi. Perubahan juga berlaku dari segi jenis kegiatan ekonomi iaitu ekonomi bertukar daripada sektor pertanian kepada sektor perindustrian, perkhidmatan dan perniagaan.

Akhir sekali ialah perubahan fizikal iaitu saiz bandar semakin menjadi luas iaitu pembangunan fizikal bandar menuju ke kawasan luar bandar dan rumah menjadi lebih moden dan lengkap dengan pelbagai kemudahan asas yang moden dan canggih.


Implikasi urbanisasi ke atas alam sekitar:

  1. Pembersihan hutan dan pemotongan bukit.
  2. Gangguan kitaran hidrologi.
  3. Menjejaskan kualiti air.
  4. Peningkatan kadar pencemaran udara dan peningkatan suhu.

Pembangunan Lestari: Tindakan kerajaan

Dalam aspek perhutanan
Malaysia misalnya telah mengambil langkah-langkah berikut untuk pembangunan lestari:

  1. Langkah perundangan - melaksanakan Akta Perhutanan Negara 1984.
  2. Mewartakan kawasan hutan simpan - tiga kelas: hutan perlindungan, hutan berhasil dan hutan lipur.
  3. Melaksanakan penebangan berpilih dan berkitar. Malaysia mengamalkan Sistem Sebaya Malaya (MUS) dan Sistem Pengurusan Tebangan Memilih (SMS).
  4. Program penanaman semula hutan - Perladangan Hutan Kompensatiri.
  5. Pembangunan dan penyelidikan berkaitan pengurusan, penjagaan dan perawatan hutan.

Apa itu pemuliharaan?

Pemuliharaan sumber alam bermaksud usaha-usaha melestarikan bekalan sumber alam yang telah diteroka menerusi usaha-usaha memelihara dan membaik pulih sumber setelah digunakan, terutama sumber yang boleh diperbaharui seperti air dan hutan supaya sumber tersebut tidak pupus atau tidak boleh digunakan lagi. Miaslnya, program penanaman semula anak pokok bakau, penghutanan semula dan rawatan semula air.


Pertumbuhan penduduk



Faktor pertumbuhan penduduk:
  • Pertambahan semula jadi dan migrasi masuk kerana tumpuan kegiatan ekonomi.
  • Dasar kerajaan tentang pembangunan bandar raya metropolitan.

Masalah persekitaran fizikal akibat pertumbuhan penduduk yang pesat:

  • Peningkatan sisa pepejal domestik, sisa kilang, sisa pepejal pejabat dan bahan pencemaran daripada kenderaan.
  • Perlu pengurusan alam sekitar yang baik dan berkesan untuk mengelakkan pencemaran udara, air dan tanah.
  • Masalah persekitaran yang tercemar akan mengancam kesihatan penduduk dan menjejaskan kualiti hidup.

No comments:

Post a Comment