Wednesday, October 20, 2010

Kaedah Pengajaran Bahasa


KAEDAH NATURAL

Kamarudin Hj. Husin(1997) memberi pandangan bahawa kaedah natural merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah natural ini menekankan kepada penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif melalui penguasaan berperingkat.

Berdasarkan pandangan Mok Soon Sang(2004), dalam bukunya, Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran, beliau menyatakan dalam kaedah ini, terdapat beberapa aspek yang harus dipertimbangkan. Dalam pembelajaran dan pengajaran, kaedah natural bermula pada tahap mudah dengan bertanya murid tentang apa yang ada di sekitar mereka atau daripada gambar mudah. Selain itu, pelajar didedahkan dengan aktiviti bahasa secara bebas seperti berbual dengan rakan sebaya, menunjukkan gambar dan sebagainya.

Pada peringkat “early productions”, pelajar bertindak balas terhadap soalan pendek, perbualan, memenuhkan tempat kosong, menerangkan grafik mudah seperti peta perjalanan, jadual dan sebagainya. Dalam kelas, guru akan memberi input dan memberi klu supaya pelajar dapat mentafsir input dan guru harus menjadikan suasana kelas konduktif untuk pengajaran.

Dalam pembelajaran mengikut kaedah ini, guru akan memberi tumpuan terhadap aktiviti iaitu “extra linguistics contexs” bermaksud aplikasi kepada kehidupan seharian pelajar. Selain daripada itu, BSPP yang sesuai dalam kaedah ini ialah realia, gambar-gambar, RCR, pita rakaman, komputer dan perisian dan bahan grafik.

Razali Arof (1971) menyatakan mengikut proses pengajaran , pembelajaran dimula dengan total fizikal respons iaitu gerakan unsur-unsur non-linguistik berpandukan arahan guru manakala pelajar-pelajar akan mengikuti arahan guru. Dalam pengajaran, guru akan menyediakan bahan audio visual dan pelajar bertutur berdasarkan bahan rangsangan tersebut. Berdasarkan kaedah ini, aktiviti ini boleh dijalankan mengikut berpasangan atau berkumpulan. Melalui aktiviti ini, guru dapat menilai kemahiran mendengar dan bertutur murid serta dapat membuat rumusan pada akhir pengajaran

No comments:

Post a Comment